Sunday, 1 September 2013

JOM BUAT SENDIRI: BUANG BINTIK HITAM PADA WAJAH

Kebiasaan nya, bintik2 hitam dan putih sering berlaku kepada mereka yang memiliki kulit berminyak, akibat pori2 tersumbat dengan sebum dan terlekat pada umbi reroma halus pada liang roma kulit kita. Jika terlalu banyak tentu nya wajah kelihatan kusam dan pori2 terbuka tampak lebih besar/jelas. Mencuci wajah dengan sabun pembersih sahaja agak sukar menghilangkan bintik2 hitam ini.

Maka, anda boleh cuba kaedah mudah ini di rumah. Lakukan pada waktu senggang anda. Caranya, ambil sebiji telur (cairan putihnya sahaja) dan celup/basahkan kapas muka yang bersih pada nya (belah dua atau 3 dari sekeping kapas muka agar ia lebih nipis dan cepat kering). Lekatkan ia pada hidung atau keseluruhan wajah dan biarkan ia kering dengan sempurna. Kemudian tarik ia seperti menarik topeng muka. Pastinya jika dibuat dengan betul, bintik2 hitam/putih serta kotoran lain akan melekat pada kapas tersebut.

Hasilnya, wajah lebih bersih, lembut dan halus. Bersihkan sisa kapas dan putih telur dari wajah kemudian sapukan pelembab seperti biasa. Jika anda berkulit kering, gantikan putih telur dengan kuning telur. Wajah pastinya lebih lembab dan segar. Mudah bukan? Amalkan seminggu sekali untuk wajah sihat berseri..

No comments:

Post a Comment